Wednesday, 4 September 2013

Carrot Cake

Assalamualaikum , Hi 



Terhasil kek yang Hani mimpikan 2 hari berturut - turut . Nampak . Mimpi terus buat . So berdoa moga jangan mimpi lagi lain jenis kek buat masa sekarang . Karang Bob The Builder siapa nak jawab ?


Pertama kali buat tk sangka jadi , sebab tk boleh nak merasa masa buat petang ter-manis ke , ter-masin ke (puasa 6) . So bertawakal je lh mohon jadi sebab takut mak balik kerje pot - pet - pot -pet Hani sepahkan dapur , bazir letrik dan etc . Huhhh selamat .


Masa nak memakan tu terbayang muka Akak dengan Adik diperantauan . Promise nati you all balik Hani buatkan . (ambil hati)



Macam forever allone bila snap dari atas (kek ni lh) .



Selepas mendedahkan auratnya tanpa cream cheese . Dot .


Bahan-bahan:
· 2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
4 biji telur (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan parutan carrot 
1 cawan kacang walnut yang dicincang
1/2 cawan kismis

Cara menyediakan:
1. Ayak kesemua bahan kering dan ketepikan .
2. Pukul telur sehingga kembang , setelah kembang masukan gula dan pukul lagi sehingga sebati .
3. Masukan minyak dan esen vanila , dan pukul .
4. Masukan pula bahan - bahan kering yang telah di ayak dan pukul hingga rata .
5. Masukan carrot , walnut dan kismis . Dengan menggunakan spatula kacau rata sehingga adunan bertukar warna sedikit oren .
6. Loyang dilengser dengan mentegar. Bakar pada suhu 180c dalam 40 - 1 jam atau sehingga masak (bergantung pada oven dan loyang yang digunakan . (Macam loyang bulat yang Hani guna ni saiz 12 inc dan masak dalam 1j20m)

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2
125gm cream cheese (Guna brand kraft) - suhu bilik
60gm mentega - suhu bilik
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil paste oren/sunquick

Caranya:
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan paste oren . Setelah kek sejuk baru sapu cream cheese diatas permukaan kek .


Tips: (macam hebat je bagi tips bagai)
- Bakar walnut didalam oven seketika agar rasanya sedikit rangup .
- Kalau nak mudah masa bakar tu loyang dibalut dengan kertas minyak , so senang bila keluarkan kek dan tk payah menyental loyang masa nak basuh .
- Nak tahu kek dh masak atau tidak , ambil lidi/pencukil gigi cucuk kek , kalau tk ada sisa melekat tu tandanya boleh lh memakan . (Jangan cungkil benda lain)
- Jangan buka/tutup oven dengan kerap kerana akan membentatkan kek . Jenguk dari tingkap je
- Untuk yang tk suka manis boleh kurangkan gula ising untuk cream cheese . Sebab Hani rasa manis lepas ni kena kurangkan sikit .




T A M M A T