Sunday, 25 August 2013

Senyum

Assalamualaikum , Hello 




Senyum harini Hani cuba senyum . Seolah tiada apa yang berlaku semalam dan yang lepas . Mendidik diri bahawa hidup ini indah dengan adanya Allah dan keluarga di sisi . Setiap perkara yang baik datang dari Allah  , Dia ada sebab yang tersendiri dengan apa yang berlaku kepada kita .


Hani percaya 


Hani bukan perempuan melayu terakhir yang bersopan -santun . Sesungguhnya jauh beza watak mereka dengan Hani . Andai ada yang kenal mereka mungkin tahu perangai dan tingkah laku Hani yang gila - gila . Kelakar . Hani berubah sekelip mata .


Pertemuan itu membuka mata Hani seluasnya . Puas Hani fikir semalam dan pada ketika ini pun Hani masih memikir perkara sama . "Kenapa kita diketemukan?" Jawapan , bahkan Hani dah dapat jawapanya . Kita bagai langit dan bumi . Tak mungkin ada jodoh antara kita . Dot.


Jiwa ini sekarang terisi dengan Allah dan keluarga . Hani lagi tenang bila bersama mereka . 
Terima kasih Ya Allah , daku bersyukur 



No comments: