Monday, 26 August 2013

Saya Rindu

Assalamualaikum , Hi .


Rindu nya . Rindu sangatssss , pun boleh (nak menunjukkan betapa rindu kan) Rindu dekat buku - buku tebal masa diploma dulu . Rindu nak study macam orang gila sebab semua dibuat last minutes . Bajet student bijak bistari masa awal tk nak study dh akhir baru gelabah . Rindu rindu !


HAHAHAHA


Memang tk ada makna nak rindu buku tu semua . Tapi kalau dorang I means buku tu semua rindu Hani , tk boleh  nak halang kan . Siapa jelah yang tk rindu Hani (macam bagus!)


Akceli , Hani rindu Ramadhan . 3 tahun kot puasa , raya dekat Terengganu tahun ni secara official dapat menjalani ibadah dekat kampung halaman so rasa dia lain macam sikit . Sebulan dapat berpuasa dengan famili mana tk gembiranya . Terbayang masa belajar dulu tiap hari hadap nasi kafe muka ni pun dh iras makcik masak lauk tu je , sadiss . Takut mak dh tak cam anaknya .


Mula lh nak rindu ayah mak bila masuk waktu berbuka tu kan . Hadap lh muka kawan , kalau lelaki penyeri lh sikit . Ni semua perempuan , mujur Hani tk berkenan nak jatuh cinta . Nauzubillah ! Hahaha . Kalau ada yang tetiba tk berselera then cakap rindu masakan mak dorang . Sedar je dh ber-sup makanan masing - masing . Sedih sedih !


Selain rindu berbuka dengan famili , Hani rindu berterawih . Sangat rindu . Tahun - tahun yang sebelumnya perkataan ini tk pernah terlintas di fikiran . Masa tu masih jahil lagi . Dapat ke aku ketemu Ramadhan tahun depan ? Hati rasa sayu . Tahun ni mungkin tahun terakhir tk ada siapa tahu , sementara diberi peluang dan ruang aku perlu mengejar nikmat Allah ni .


Masih banyak yang Hani perlu belajar . Rasa semangat tu membuak buak nak kenal lebih dengan Ramadhan dan nikmat yang kita peroleh darinya . (terbatuk orang nama Ramadhan) Ada kalanya terasa malas lepas sembahyang nak baca Al-Quran , tp cakap dalam diri "Syaitan kena ikat pun perangai kau macam ni?!" Terus ambil baca sebab takut sangat .


Walaupun Ramadhan dh lama berlalu meninggalkan kita , namun ibadah yang Hani lakukan masih diteruskan . Alhamdullilah . Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku hidayah Mu . Semoga masih ada peluang untuk ketemu Ramadhan yang akan datang bersama orang - orang yang daku sayang .


AMIN



No comments: