Sunday, 18 March 2012

Tolong Berwaspada


Setiap hari kalau Hani online , perkara pertama sekali yang akan Hani lakukan adalah menyemak email . Tapi ada satu email yang Hani tertarik sangat .

Sila Perhatikan !



1. Secara jujur Acc CIMB Hani memang tak aktif , so agak pelik bila dapat email macam ni . Disebabkan Hani jenis malas layan . Telah Hani trash kan email tersebut .

Sumber gambar Hani perolehi dari Blog AkuStressGiler



2. Pandainya , kalau sekali baca tanpa usul periksa mesti ramai kene trick !


3. Perhati website yang telah di reka !








Kesimpulanya kalau kita dapat apa-apa email yang mencurigakan jangan cepat percaya . Siasat dulu betul-betul , sebab kadang-kadang ia kelihatan sama namun tidak .

"Memang benci betul kalau dapat email macam ni!"

Sila sebarkan kalau mahu .

Friday, 16 March 2012

This Is All I Can Do

Assalamualaikum , Hello .


Nak tumpang bersedih di sini sebentar boleh ?
Tiada bahu mak dan ayah yang dapat ku pinjam , mereka jauh dari mata .


Satu final paper dah lepasss . Bukan setakat dah lepass je , malah rasa macam melepasss jerr . Entah apa yang telah Hani godam di kertas jawapan tu . Tiba-tiba rasa langit gelap , dalam dewan tu pulak hanya Hani sorang . Rasa sunyi sepi tiada siapa yang dapat tolong Hani masa tu .


Tapi untuk sedapkan hati , Hani cakap pada diri yang Hani dah usaha . Bukan Hani datang dewan periksa tadi dengan tangan kosong , sebab Hani bawak pen dan kelengkapan nak jawab final kan . (sempat bergurau pula dia ni) Tapi serious sedih tak hilang sampai sekarang .


Puan saya minta maaf andai saya menghampakan puan . Saya dah bagi yang terbaik tadi , mungkin bukan dimata puan , tapi percayalah saya dah cuba .


Semoga Tuhan bersama ku :")


Wednesday, 14 March 2012

There's No Point Of Being Famous



Tak ada sebab untuk kita nak jadi terkenal tak tentu pasal . Kalau kita telah menyumbang sesuatu untuk negara , bangsa ada point juga lah kita dikenali kan . Entah mengapa semua nak mengejar populariti tak tentu pasal dimana juga mereka berada . Kalau punya vlog yang cool macam Matluthfi ada point juga lah . Atau ada blog yang cool macam Hani ada point juga lahhh . (nak juga menempah nama tu)


Tapi betul , nak buat apa dengan tu semua . Bagi Hani tinggal di bawah tempurung itu lagi seronok . Baiklah jangan bayang sangat betul-betul nak tinggal bawah tempurung . Maksudnya disini , kita hidup secara merendah diri , macam biasa . Bila terkenal ni rasa atas bawah , depan belakang orang perhati . Kalau kawan angkat saya matluthfi tak suka ini kan lagi saya .

Bila tengok video ini , lebih kurang apa yang Hani alami jer
:)




Monday, 12 March 2012

Ibu Anak Kembar Pun Tak Serabut Macam Ni

Assalamualaikum , Hello .


Diri sekarang ini ibarat ibu tunggal yang menguruskan sepasang anak kembar .
Untuk dua minggu ni terpaksa bersusah payah dan berhempas pulas mengulangkaji pelajaran .
Nampak sangat sebelum ni tak belajar kann .
Final Exam ! 

Stress
Stresss
Stressss


Buat yang rindu , ku kempilkan gambar ku yang bajet paling hot sekali .
Jangan rindu banyak , jangan rindu sikit . Rindu secara berhemah je okay ^.^




Thursday, 8 March 2012

Baby Baby Ohh


Pinjam anak orang , dan menyamar jadi ibu nya
*kenyit mata*