Friday, 14 October 2011

Muka Berseri 3 Tips Mudah

Petua kecantikan hari ni, macam mana nak bagi muka anda yang kelihatan penat kusam dan tak bermaya kembali segar. Dan hari ini anda patut rasa bertuah kerana mendapat tips kecantikan daripada sorang gadis yang perasan dirinya cantik, mempersilakan NOHARAH HANI ...
(tepuk semuaa)



Assalamualaikum and hey all.

Sebagai yang sedia maklum, hari ini Hani nak share macam mana Hani jaga kulit muka Hani. Bagi sesiapa yang pernah terlihat, ternampak Hani secara live mesti tau macam mana rupa Hani yang sebenarnyakan. Aishh janganlah puji, malu kamek ni.
(taklah cantik pun)


1. Basuh muka.
Untuk kulit yang suka berjerawat ni, Hani sarankan guna OXY. Alhamdullilah, sebelum ni kulit Hani memang penuh dengan peminat jerawat sekarang ni dah kurang sikit. Penting unuk basuh muka apabila terasa muka berminyak dannn JANGAN TIDUR DENGAN MUKA BERMINYAK. kerana percayalah bila bangun esok anda akan jumpa kawan baru.

 Pembersih muka.

 
Pakai di bahagian muka yang berjerawat.
(selagi tak hilang jerawat teruskan memakai)


2. Etude Mask (atau apa apa mask)
Setelah seharian penat atau berada di luar dengan keadaan cuaca di Malaysia yang beriklim katulistiwa ni kan. So semestinya muka anda memerlukan perlembap. Untuk Hani cukup sahaja memakai mask ready made. Bukan sahaja jimat tenaga tak payah pergi spa. Itu jugak senang terus pakai dan melekat di wajah. Korang jugak boleh cuba mask lain, ikut jenis kulit dan keselesaan korang.



3. Ambil wuduk
Hahh, jangan tak tau selain alat alat kecantikan yang terdapat dekat luar, wuduk juga boleh membuatkan muka korang berseri. Betull, masa mengambil wuduk di bahagian muka kita boleh berniat. Niat dan bersyukur atas kurniaan Allah.  Jangan ada hasad dengki dengan kecantikan orang lain. Kalau terasa kekurangan diri, jangan marah sebaliknya kita perlu terima dan memperbaiki diri ini.



Dan hasilnya
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




(sebarang idea, komen dan cadangan silalah inbox saya yer)
HEHEHE


No comments: