Saturday, 20 August 2011

Please Dong Air Asia

Assalamualaikum . Hello .



Macam biasalah bila jumaat , sabtu pabila tak ada kelas mata ni liat sikit nak tidur awal . Tangan menekan nekan punat laptop . Dari satu ke sepuluh di tekannya .



Youtube , FB , Twitter , Gossip artis , Berita Online .
Semua dah selak . Dah naik muak pulak baca dan tengok benda sama .



Bila plan plan . *Bosan nak tidurlah*



Tapi tangan ni masih sibuk nak menekan . Otak yang transfer maklumat pula ikut sahaja arah . Klik pulak dekat AIR ASIA online booked ticket . Dah beli dah ticket balik raya . Tapi saja nak menyebokkan diri nak tengok lagi .


Berangan berangan nak cuti sem depan . Ammeekkk klik 2012 punya date .


WWWOOOOWWWWWWWWWWW !


(Klik gambar kalau kurang penglihatan)



Siap pergi bukak student portal kot kot keluar jadual kuliah sem depan . Tapppii yang ada . Kalau tak dah booked ticket dah . Bukan senang nak senang , tapi senang nak susah jer nati kena booked mahal . Siap mengagak nak balik pada tarikh di atas . Kalau dapat *Alangkah indah di waktu pagi* Bukan selalu diri ini bertuah . Propa . ^6^

 Kalau u all dah ada perancangan ke nak bercuti pergi sahaja ke AIR ASIA dah bolehlah membuat tempahan sekarang . Skim ni macam sapa cepat dia dapat . Kalau tempah lambat selalunya harga akan jadi normal macam biasa .
 Selain penerbangan ke Kuala Terengganu , dekat atas ni pun macam macam negeri yang terlibat dengan potongan harga rendah Air Asia . Selain Malaysia , Negara jiran kita pun ada . Kalau nak bercuti memang jimat pun .


Tapi kalau pelajar macam saya ni . Selagi tak dapat jadual kuliah untuk sem depan , kami bagi peluang kepada mereka yang bukan pelajar untuk menempah dulu . Tak apa . Kami memang suka bertolak ansur .



Makkkk Ayaahhh nak BALIK ! T_T




Friday, 19 August 2011

Kita Mesti Kuat

Assalamualaikum . Hello .


Entri hari ni nak nages nages . Nak feeling sampai lebam . Urghhhh T_T


Ingat lagi masa pertama kali kita buat drama arab . Masing masing memerah otak . Perah perah . Lepas tu pandang otak kawan , kiri , kanan . Selagi tak nampak otak tu kering kempis kita tak puas cari idea . Kalau dapat idea pun semua geleng kepala . *Lain , lain , lagi , lagi*


Dah lah pula tak ada siapa dalam group kita tu atris . Yaaa Saya tau saya ada pengalaman jadi artis di bawah naugan sendiri . Tapi tu dah lama kawan . Dah lama saya tinggalkan kerjaya yang tak berjaya tu . Sebab nak teruskan impian keluarga saya kena tinggalkan bidang perfileman .


Kita semua SIFAR pasal berlakon .


Nurhafiqah Binti Bakar :
Kami amanahkan awak untuk buat skrip . Idea dah ada tinggal awak jadikan dia lebih nyata lagi .(SELAMAT BERCUTI) aah masa kami bagi Iqa kerja ni , nak dekat cuti masa tu . Semua berharap sangat dekat dia .


Nohara Hani :
Mahluk ni paling sibuk menguruskan belakang tabir . Telefon Iqa setiap hari masa cuti bertanyakan *skrip dah SIAPPP?* Didalam telefon jugalah kami berbincang . Aaah bincang sampai masing masing *Aku hempas telefon karang* Mesra tak mesra jugalah kami masa dalam perbualan itu kan .


Nadiah , Izzah , Aimi :
Tugas mereka masa awal pembikinan ni belum ada lagi . Selagi skrip tak siap . Tukang kepoh tak bagi tau apa perlu dibuat mereka hanya jadi pemerhati buat sementara . Menyampuk?? Berani menyampuk kalau Hani dan Iqa berbincang !


Lepas cuti skrip semua dah ada . Jumpa ustaz betulkan bahasa arab yang tak betul semua .
Kami mulakan sesi lakonan .


100 % pembikinan kami diluar . Perit tak perit jugalah kerja kami ni . Dengan bantuan pelakon tambahan dan tukang kamera lelaki . Alhamdullilah semua berjalan lancar . Mekasihhh semua . ^_^


Tapi ...............


Malang menimpa salah seorang pelakon tambahan kami . Ketika berehat seketika entah bagaimana dia menyedari bahawa salah satu telefonya hilang . Puas kami cari dimerata tempat . Memang tak jumpa .  Terkilan juga kami masa melihat dia menagis teresak esak masa tu . :(



Dah habis ?? Belum lagi . Lepas tamat berlakon kami ditugaskan pula untuk membuat cd . kiranya segala lakonan kami semua dihantar didalam bentuk cd . Kami pun tak sure masa mula mula . *Wahhh ada ke orang nak beli cd kita* Angan angan si kanak kecil begitulah .


Aimi :
Ditugaskan untuk mengedit . Kerana dia mahir menggunakan Movie maker . Manakala kami semua buta tentang alatan tersebut .


Entah bagaimana kami dapat tahu melalui encik yang ditugaskan menguruskan cd pembikinan arab kami yang ada masalah dengan movie maker . Dan dia meminta kami mengedit sekali lagi dengan menggunkan software lain pula . Ya Allah masa tu Tuhan je yang tahu betapa sedihnya kami semua .


Sehari sebelum tarikh akhir menghantar cd .


Kami semua bergilir tidur . Kali ini saya pula diamanahkan mengedit kerana encik tersebut telah mengajar saya menggunakan software tebaru . Tak tipu , sampai menggigau masing masing . Selama beberapa minggu untuk mengedit menjadikan cd , macam macam malang yang menimpa . Kami redha .


Semua mata lebam . Ingat lagi masa saya kejutkan Aimi yang ketika itu baru tidur di bilik sebelah . Telefon *Mi , bangun kejap . Kita ada masalah ni* Bukan senang nak kejut Aimi . Tapi tak sampai seminit dia dah ada sebelah saya . Dengan mata merah dia . SEDIH .



Masa hantar cd tu masing masing tak mengharapkan kemenangan . tapi , saya tau ada sedikit dalam diri mereka harap menang . Mana tak nya , penat lelah kita orang . Dari kosong sampai habis semua kami usaha , buat sendiri . Mesti harap karya kami diiktiraf . Sebak ~~


Kami menang . No 3 . Masih terbaik bukan .


 Tajuk : PERCUTIAN


 Sambil sambil berlakon . Kami lunch di sini .

 10 am . Segar tak segarlah muka semua .

 Masjid Kristal . Meh lah datang .



 Kamera lelaki kami . Penyelamat ni .

 Penat letih berlakon . Kita have a gossip sekejap .

 Sedaya upaya cuba senyum lebar .

 Pokok kelapa selain berlindung , boleh digunakan prop bergambar jugak .

Orang yang bertanggungjawab buat skrip kami .


 Konon sibuk lah tu .

 Under pokok kelapa betul .

 Abaikan muka yang sememeh itu !


Tamat drama arab untuk sem 3 .
Kami belajar dari kesilapan .
Alhamdullilah , semua pembikinan drama untuk sem 4 berjalan lancar .
Sedikit bencana tu biasalah .


Thanks BFF for the memory . (*^_^*)



Friday, 12 August 2011

Happy Ramadhan

Asaalamualaikum . Hello .


I think it is not too late to wish everyone .


HAPPY RAMADHAN TO ALL MUSLIM




Thanks Allah for give us strength to continue our journey . To still alive .  To share our happiness with our beloved parents , family and friends . 


And I pray to You that I will being able to make my parents happy to see I am graduate , to make them proud of myself . I wish this will not my end . 


Salam Ramadhan All . :)



Tuesday, 9 August 2011

Jalan Jalan Cari Makan Bersama Nohara Hani

Assalamualaikum . Hello .


JJCM hari ini membawa anda semua bersama Hani .


Dibawah adalah senarai juadah berbuka yang mesti di grab sebelum raya . Ohh lama lagi raya . Tapi perkara ni perlu di buat list . Sebab sebab sebab . MEMBAZIR . Kalau kita dah buat list sure lah serba sedikit memgelakkan pembaziran bukan . So , yang demikian mari kita create list . Bahan bahan yang perlu disediakan . Tangan yang mampu mencatit dengan laju . Dan memori yang kuat .





Pertama :
Kachinggg . Masakan emak . Emakkkkk rindu emakkkkk .
kenapa tukar tajuk ni . Why , Kenapa ! Pack barang sekarang jugak nak balik rumah . Sebak sudah hati ni . Saya meletakkan masakan emak juadah yang perlu di grab sebab .... Percuma , Secukup rasa , Kasih sayang . Lengkap . Mana nak cari kan . Pergilah 10 bintang ke 1000 bintang hotel . Belum tentu sama .




kedua :
Ninggnongg . Siput sedut masak lemak . Shuttshuttt . Paling awesome bila mulut kita muncung nak sedut siput tu . Tips jugak ni kalau nak bibir menawan seperti Angelina Jolie . Mau tak nak saya . Tak payah buat treatment . Tak payah keluar duit . Tak payah . Tak payah . Dan tak payah . huhhhh





Ketiga :
Bommmm . Kuih Telinga Gajah . Aigoooo ~~ Makan ni dengan beribu beratus dalam perut pun belum tentu meletop kebabommm . Mana nak cari . Hanya di Bazar Ramadan Sri Andalas . Believe me . Tak sama macam dekat tempat lain . Dahhh dahh pernah try pun . Memang tak sama . Ni lah menguatkan semangat nak ponteng kelas balik rumah ni . Pack barang lagi sekaliiiii .




Keempat :
Kringg . Ikan bakar cicah sambal kicap . Kesat air liur tu . Tahan tahan . Dapat pulak kicap tu potong cili padi , bawang sikit . AWWWW tergodah dah ni . Rasa macam nak beli oven sekarang . Pergi sungai pancing ikan . Lepas tu bakar . Siapa nak tolong . Tolong dapat pahala awww .





Kelima :
Brippbripp . Pulut kuning dan kuah kari . Dapat dapat lagi kuah kari tu pekat . Pulut kuning tu lembut . Terangkat , Terguling guling , Terterbang dahhhhhh . Cakap jer tak guna . Sapa tau tempat best nak carik makanan ni . SHARE !!



Adakah saya berjaya membuatkan anda menitiskan air liur , jika tidak nantikan kemunculan JJCM bersama Nohara Hani part ke dua.

Dengan azam dan semangat yang kuat . Akan saya gigihkan untuk membuat anda kata kepada saya
STOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
hehehehe itu yang saya mau dengar dari anda semua .

Tamat sudah karangan hari ni . Selamat berpuasa , Selamat Bersahur , dan Selamat Jalan Romeo . Whyyyy because Romeo MUST DIE . bhahahaha