Saturday, 31 December 2011

Selongkar 2011

Assalamualaikum , Hello .


Antara yang menarik ke dalam tahun 2011 yang telah Hani alami dan akan dihebahkan kepada umum .


EXCLUSIVE WITH HANI


1. Pelancaran Blog Baru




Macam hebat kan kan ? Pada tanggal May 2011 Hani telah melahirkan satu lagi blog baru . Andai yang tidak tahu lagi , Hani telah 'memadamkan' blog lama . Kiranya buat keputusan yang drastik juga bila nak 'memadamkan' blog lama , iyalah banyak koottt cerita dah share last last suka hati je klik *Delete this blog!* Tak menyesal pun delete , sebab blog baru ni lebih okay kan ? HEHE


2. Anugerah Pelakon Terhebat (Bahasa Arab)

*Pemenang untuk pelakon terhebat jatuh kepada  Nor Hani*
Jangan nak gelak , kelip kelip mata pulak . Memang betul dohh , Hani menang . Sejujurnya nak jujur ni , Hani tak sangka menang . Ishhh tak sangka betullah . Masa nama Hani diumumkan tu , *Terima Kasih kepada yang memilih saya , hadiah ni ditujukan buat emak ayah dan peminat yang mengundi . Kau ada ?* - Kalau lah kan .


3. Bunkface Back To School




kenangan kembali ke sekolah memang best . Dan terasa nak menagis pun ada , sebab masa Hani sekolah dulu tak ada pun bumbung besar untuk berteduh masa perhimpunan . Sebab tu lah sekarang dekat jauh - dekat jauh nampak tak nampak je . Rindu Abang senior Hani semua ni . Apa pun mereka sangat best sekali . Ohhh ya , sempat jugalah Abang Sam say hai dekat Hani .


3. Panjang Umur Murah Rezeki - Amin





Antara hadiah hari jadi yang tulus dari hati mereka Hani terima tahun ini . Terima kasih banyak banyak , yang tak boleh lupa mandi air sabun Daia tengah tengah malam (menggigil tak ingat)


4. Berbuka Puasa - Dataran Shahbandar KT




Takk menarik ? Menariklah , pleaseee ~ Alhamdulillah sempat juga merasa berpuasa dengan kawan sekuliah semua . Sekali sekala kena juga berenggang dengan Mak Ayah dan keluarga kan . Hidup bujang , HEHEHE . Yang menariknya berbuka puasa di KT ni sebab kita berbuka puasa ala ala taman gitu . Dengan bentang tikarnya , boleh lihat ramai keluarga dengan anak , tokwan masing masing . Seronok kan , dan nak tahu dah masuk waktu berbuka dengarlah bunyi meriam BOMMM !


5. Abang Halim - Kak Fifi (Kahwin)






Tahun ini juga kami menerima kehadiran orang baru dalam keluarga . Kak Fifi selamat datang , HEHE . Boleh dikatakan wedding of the year lah sebab berjaya mengumpulkan hampir kesemua keluarga belah Mak dan Ayah . Jauh mereka datang dari Johor dan Negeri Sembilan . Terima kasih semua kerana menjadikan perkahwinan ini lebih teratur dan bermakna . Kalau ada kurang maaf kami pinta . Kepada pengantin - Semoga Bahagia Kehujung Nyawa


6. Kebanggaan Kami - Tahniah Hanis





Pencapaian anak bongsu dalam keluarga - Nor Hanis . 8 a's PMR tuh , rasanya bukan kami satu keluarga je bangga sekolah MRSM Transkrian , Pulau Pinang pun sama kann . HEHE , tahniah budak kecik ! Tak menyesal pun balik dari cuti mid-term subuh tu sampai Klang terus gerak ke Peneng teman ambil result Hanis . Kakni rasa berbaloi (Sob~sob) mulalah nak sedih .


Rasanya itu sahaja selongkar yang Hani belum pernah post dalam blog ni . Apa apa ? Nak tanya pasal soulmate ?
- Hani belum berpunya lah (dot)

Sunday, 25 December 2011

Ini Cerita Aimi Dalila


Assalamualikum , Hello .






Apa yang akan korang lakukan apabila kes seperti ini berlaku
Bacakan aku ayat Hani , Tolong ! Tolong !


Cerita nya macam ni .


Malam tu kami bertiga dalam perjalanan pulang ke kg halaman masing masing . Cuti mid term selama seminggu . Hani ditemani dua orang lagi gadis iaitu Aimi dan Mira . Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Shah Alam memakan masa selama hampir lapan jam . Kalau pakcik bas bawa dengan berhemahnya mungkin enam jam dah sampai dah .


Hani dan Aimi duduk seat sama sementara Mira seat singel  dan jauh dari tempat kami . Lepas berhenti rehat selama setengah jam , mata Hani masa tu memang tak boleh nak leleap . kiranya dah separuh perjalan Hani susah nak tidur . Cuaca di luar masa tu sekejap hujan , sekejap reda . Tapi memang sesuai sangat kalau nak terlelap . Tapi entah kenapa fikiran ni melayang je , siap boleh kira berapa banyak kereta yang bas tu potong .


Tak lama selepas itu .......................


Hani pun terlelap dan tidur dengan lenanya . Pakcik bas tu pulak bawa memang best , itu yang seronok sangat tidur . Tiba tiba Hani terasa Aimi disebelah menyiku tangan lah , baring di bahu Hani lah , menyuit Hani lah . Disebabkan Hani ngantuk dan letih sangat *Malas lah layan kau Aimi* (Cakap dalam hati)



TIBA TIBA !


*Hani , dada aku sesak ! Aku susah nak nafas !*
*Kenapa kau ni ? (masih mamai lagi masa tu)*
*Hani , Hani , perut aku pulak senak !*
*Rilex lah ! (orang tengah mamai ape pun tak boleh fikir)
*Hani baca ayat ! Hani cepat bacakan aku ayat !*
*Huhhh! Ehhh , baca ayat apa ni (terus segar)


Bayangkan kalau korang semua dekat tempat Hani masa ni . Hanya Allah je yang tahu , Hani rasa macam nak melompat pergi dekat pakcik bas suruh dia berentikan bas masa tu jugak . Yang peliknya minah ni bukan asma , apehal tetiba je dia nak sesak nafas bagai . Haru betul kepala otak . Masa dia suruh baca doa itu , Hani tengah fikir nak baca al-Fatiha ke Kursi ni? Ke suruh mengucap ke ?


Masa tu juga lah sempat berfikir kenangan ktorg bersama . (latar belakang lagu sedih) Hani menyakat Aimi bila dia buat benda pelik *Aimi , petanda itu Mi !* *Petanda? Kita kan naik bas sama sama nati , kau jangan?* *Petanda kita dua kot* Wahhhhh, tu lah mulut ganas sangat . Rasa nak menagis masa itu dan nak cakap dekat Aimi *Aku gurau je lah Mi masa tu!*


Cerita ni perlukan imaginasi korang , agaknya apa yang berlaku pada Aimi ?
Adakah korang mampu mengubahnya




Saturday, 17 December 2011

First Impression Always Right

Assalamualaikum , Hello .


First Impression !
How do you handle that feeling ?


Teach and share with me pls .
Because I can't control myself


Dear you : I am your loyal fan (。◕‿◕。)






Credit Photo :


Wednesday, 30 November 2011

Akhirnya Aku Kahwin !


Assalamualaikum , Hello .

Menyepi Hani bersebab , maaflah kalau ada yang rindu . Iya , kalau ada yang rindu . 



Tak semua Hani dapat jemput masa kenduri kahwin tempoh hari , Hani buat kecil je . Ajak orang yang terdekat bukan sebab lupa ke apa . Cuma Hani rasakan buat apa yang wajib dahulu . Eloklah ada blog ni Hani nak sebarkan berita baik kepada semua :)



Kui ~ Kui ~ Kui ~

Setelah dicabar oleh Iqa , Aimi , Izzah dan Azhar sama ada bolehkah Hani menghabiskan baca novel ni dan akhirnya Hani sudah buktikan kepada mereka pada jam 8.28 pagi tadi Hani dah selesai satu buku ni . Tak ada skip pun , Hani boleh cerita balik dekat korang kalau korang nak . 'Kalau'

Dah lama tak menghadap buku , novel ni boleh panggil buku lah kan . Dah naik sem ni tak ada assigment lagi tu yang Hani terlebih rajin membaca , wieee .


Novel ni seronok best sangat . Hani tak tipu . Tak rugi kalau korang baca . Siapa yang minat novel mesti dah baca kan , maaflah Hani ketinggalan sikit . Tapi memang susah kalau dah baca novel ni mula lah nak berangan , karang lecturer mengajar Hani dah sampai Gunung Everes siapa nak jawab ?

 
Pergilah beli novel ni sekarang ,

*Tak rugi wa cakap sama lu*

Friday, 18 November 2011

Dominos Pizza , Love Youu



Assalamualikum , Hello .


Menguji keimanan bila setiap kali masuk dapur - tengok peti ais - nampak magnet dominos .


Nak buattt pizza sendiri , urmmmm berfikir *Kalau buat , tetiba sedap , mesti akan diugut oleh famili buat pizza selalu* Akhirnya , telah ku capai telefon rumah , ku dial no talian bebas tol itu , operator lelaki macam kacak suaranya menyambut panggilan dannnn kami berborak 


*kita berkenalan hanya dalam telefon sahaja - ku hantar pesanan - dan kau catit semua itu . Ohhh ohhhhh ohhhh ~*


*In 30 minutes i will come to your house*
Alamakkk , belum apa apa lagi dah datang rumah .







We choose :
FIRST CLASS PASSION MEAL .


For More Info

Thursday, 17 November 2011

Watch Movie


Assalamualaikum , Hello .


Movie dan Hani , Hani dan movie .


Kami memang tidak boleh dipisahkan . Tak tau lah kenapa suka sangat nak duduk dalam tempat gelap tu ? Apa yang best sangat entah ?


Hani sudah tonton ini semua .
Anda ?





REAL STEEL
" Set in the near future, where robot boxing is a top sport, a struggling promoter feels he's found a champion in a discarded robot. During his hopeful rise to the top, he discovers he has an 11-year-old son who wants to know his father "





Movie ini sangat tidak mengecewakan langsung . Sebagai seorang yang membayar tiket tanpa menggunakan diskaun kad pelajar Hani merasakan sangat berbaloi . Kalau tengok poster dan sebagainya kita senang je buat kesimpulan ini cerita penuh aksi , tapi no no , kelakar , hubungan ayah dan anak , cukup lengkap perasa semua . Memang besttt !


Dan Hani nak buat pengumuman bahawasanya Hani sudah jatuh cinta bukan kepada Hugh Jackman tapi anak dia . Cute sangat Dakota . Nak ambil jadi anak duyung boleh ?




IN TIME
"In the future people stop aging at 25 and must work to buy themselves more time, but when a young man finds himself with more time than he can imagine he must run from the corrupt police force to save his life"


Ini gara gara poster JT lah ni . Bila berdiri dekat kaunter plan nak tengok cerita lain , tapi terbayang muka JT terus tersasul cakap *IN TIME pls*




Kesimpulanya lepas tonton movie ni terus berfikir , kalau lah betul dalam dunia ni guna kaedah masa agaknya haru biru hitam kelabu lah manusia . Walaupun movie ni agak slow dan ending kurang memuaskan namun pujian harus diberi kepada watak utama yang boleh dikatakan hebat .




TOWER HEIST
"When a group of hard working guys find out they've fallen victim to a wealthy business man's Ponzi scheme, they conspire to rob his high-rise residence"




Memang best super kelakar tonton movie ni . Lakonan Mr Eddie , Mr Ben Stiller dan team memang tidak mengecewakan . Sakit perut sebab gelak terbahak dalam panggung . Lakonan dan lawak yang spontan .  Apa yang boleh dikatakan movie ini sangat bestt !


PENAT
"A girl who's not tired of talking , but no one wants to hear her story"



^0^


Wednesday, 16 November 2011

UiTM Kuala Terengganu Student's : House For Rent

Assalamualaikum , Hello .




Only a few day left for us as a UiTM student's to enter college . So i do have a good news to you lady's who being rejected by college application , which is i found a fabulous house for rent . Trust me this is really awesome house that i ever found near our College !


Facilities :
3 bedroom (comfort plus large)
3 bathroom 
Kitchen
Near restaurant , grocery store
'Pasar malam' every sunday


We looking for females student's only . You don't need to wear proper to taken our heart . If you have any question just comment's on my blog or you can also email me details i will write below . Don't wait to long to think , because good stuff
"easy come , easy go!*


Question , Question : 


Tuesday, 15 November 2011

Tutti Frutti With Lady's



Assalamualaikum , Hello .


Spend my gold time with this lady's .
As you all know . When open my Blog this familiar faces will appear .
It's look like *Macam tak ada kawan jer Mak cik ni*
Memang punn , menangislah tak ada orang nak kawan dengan Hani yang - comel - lagi comel ni .
:'(



Back to the future , Hani bring to you all's my favorite Tutti Frutti . This is my baby that make me 
flyyyyyyyyyy awayyyyyyy ~


The moreee i add to the cup . The more i need to pay .
*Babapp ini tangan!*








That's all for now . 
Raise your hand if you think after read this entry you *mengidam* .


Monday, 14 November 2011

Pesanan Akak Buat Adik Ku Semuaaa


Assalamualikum , Hello .


*Ala comeelll tak tidur lagi ke?*


Ayat memujuk supaya adik SPM semua terngiang dan terbawa kedalam mimpi lalu boleh menjawab peperiksaan dengan jayanya . Kawan Hanis mesti tengah baca ni *Hello , kawan hanis* Walaupun akak ni berusia sedikit dari kamu semua , tapi percayalah rupa akak dan perwatakan akak sangat kecomelan macam kanak kanak berusia lima tahun .


APA KAITAN ?


Sangat kait dan kaitan disini . Sebab itu adalah salah satu jawapan untuk soalan KEBOCORAN Bahasa Melayu esok . Haaaa untungkan bukak blog akak ni . Free je dapat soalan kebocoran . Kalau nak buat amal bagi tahu kawan yang lain :)


13 . Hani seorang gadis , sila jeleskan dengan mendalam .

a. cantik
b. walaupun berusia dia kelihatan seperti kanak-kanak berusia lima tahun 
c. peramah
d. tak kenal

Jawapan : b


No 13 ye adik semua , ingat tu . Set dalam minda .


SEMOGA BERJAYA !
Akak doakan korang semua dapat jawab dengan hati yang tenang , harap soalan semua senang kacang goreng tambah kacang rebus semua sekali lah . Jangan hampakan akak yang penat menulis tanda sokongan untuk korang ni tau !



Lasstttt sekali :
Doa lah soalan 13 tu memang sebijik keluar . Sebab akak merancang , Tuhan yang menentukan ^u^


Pembakaran semangat untuk korang :
Standing In The Eyes Of  The World





Saturday, 12 November 2011

Breakfast With Putu Mayamm


Assalamualikum , Hello .


Pagi yang indah dikejutkan oleh Ma .
*Bangun , breakfast Ma ada beli Putu Mayam dekat bawah*




Dah lama teringin nak makan , semenjak balik dari cuti semester lagi . Ini sebab penangan Hari Raya Aidilfitri tahun ni lah , Pak Cik Tumiran beli ni untuk breakfast . Nak makan banyak malu , padahal rumah pak cik sendiri je . Ambil cuit cuit kemain .


Sampaikan hajat dekat Ma nak makan ni lagi . Ma kata tunggulah kalau ada Uncle tu jual bawak moto nati beli . Dah nak tamat cuti bau asap moto uncle tu pun tak ada . Last last Ma beli dekat pasar . Suka melonjak dapat makan . Seronokkkk ~


Abang Halim , yang ajar makan ni masa tadika . 
Sebab tak cukup umur lagi , memang senang terikut pemakanan abang abang .

Friday, 11 November 2011

Walk Off


< ................................... >

11 / 11 / 2011













Friday, 4 November 2011

This Picture Will Tell You Everything



Assalamualaikum , Hello .



 There is nothing to say much today . 
I feel like want to eat Cadbury Chocolate , drink some Cappuccino ice blended and forget the sadness .
Joe Brooks i need u darling .





Thursday, 3 November 2011

Two Day Before Final Result



Assalamualikum , Hello .


Tanggal 11/4/2011 , adalah tarikh yang ditunggu bagi semua penghuni UiTM seluruh Malaysia . Dan sudah tentu ia akan mengstresskan bagi sesetengah dan juga sebaliknya . Setelah penat berhempas buku , meja , kerusi sudah tentu kita mahukan ia berbaloi . Mana taknya kan nak hempas semua tu memerlukan tenaga , kalau dah terkehel tak ke naya badan ni .



Untuk itu , Hani dan tiga penyamun didalam ini negeri telah bersama sama meraikan 
*Two Day Before Final Result*


Untuk pengetahuan anda semua , kami meraikan ini setiap sem . Iya , setiap sem sebelum result final diumumkan . Sebab sebabb , bila result diumumkan kami akan dikuarantin didalam rumah kerana terlampau bijak bergeliga dengan keputusan kami . Ayah dan mak kami takut sekiranya dengan keputusan bijak bergeliga kami itu akan ada yang tak puas hati dan menculik kami untuk dijadikan experiment mereka .


Nard Capital N
Hani Capital H


N : Dua hari lagi result keluar , macam mana ni ?
H : Kita paksa dia jangan keluar dulu agak agak boleh tak ? Tak ready lagi ni .
N : Boleh ke buat macam tu ?
H : Tak boleh , tapi belum cuba try test belum tau kan .

*Senyum* setelah penat plan rancangan bijak bergeliga .




Lihat *Two Day Before Final Result* muka kami kelihatan bersinar berseri bak Kim Kardashian . Belum tengok *The Day When Final Result* muka artis manakah yang menjadi pilihan . T_T


Terima Kasih banyak buat amateur photographer


Penyamun didalam ini negeri

Wednesday, 2 November 2011

The Story Begun , KLIA - KT

Assalamualikum , Hello .


Sebagai seorang pelajar , perjalanan pulang ke tempat belajar dari rumah pada musim cuti adalah perkara yang paaaliiinggg menyeronokkan . Apatah lagi dengan menaiki belon yang memakan masa hanya 40 min . Bayangkan kalau naik kereta atau bas selama 8 jam .


7 jam 20 minit , masa dapat dijimatkan .


Hari ini Hani nak bawak korang menikmati pemandangan dari udara . Konon pergi overseas je kan . Tak banyak yang Hani dapat ambil seebbabb *Kita malulah , kak pramugari tu asyik pandang*



Taaddaaa ~



Alhamdullilah ,
dah sampai , tak sempat nak panas punggung , nak pejam mata .
Iqa , Nadi dan Mija peneman Hani dari KLIA - KT .




Rilex dulu , ada lagi ni .
Perjalanan Hani kali ini menaiki pesawat MAS - MH 1336 .
Apa yang boleh Hani cakap *Nak terbang maannttaap , Nak mendarat pun maannttaap*
Cowok dan cewek pramugarinya semua peramah berlaka . Kalau ada apa apa masalah goyong kepala je . HEHEHE





Dibawah ni pula , adalah pemandangan yang boleh dikataan sanggaat cantik . Dah banyak kali sebenarnya Hani naik belon , tapi entah kenapa baru perasan ada pulau pulau kecil yang menarik pandangan mata Hani kali ini . *Tidur , zzZZZ ~*


Yang best Hani nak bagi tau , selalunya kita baca surat khabar dekat darat kan .
Kali ini , Hani nak bagi kelainan kita baca dekat udara pulak .
Cool kan ? ^o^





Kepada sesiapa yang ingat bercuti ke Terengganu , banyak tempat menarik yang anda boleh lawati . Hampir 2 tahun Hani belajar di sini dan boleh dikatakan ia adalah tempat yang wajib dikunjungi .


Rancang perjalanan anda dengan selamat , tak kisah apa sahaja penganggkutan yang anda pilih , yang penting duit poket mesti cukup , jangan terlebih dan jangan terkurang ketika berbelanja . 

SELAMAT BERCUTI .


Info yang boleh anda perolehi :


MILKADEAL
Pen Drive yang cantik dan commeelll ~

(Click this picture)

You may choose your fav , 12 design available .
COOL !




Tuesday, 1 November 2011

11/1/2011

Assalamualaikum , Hello .


Hangat betul tarikh ni , entahlah Hani pun tak tau apa yang semua orang bicarakan di FB di Twitter . Bunyinya macam semua orang nak kahwin , kalau yang tak ada calon tu seboleh boleh publish status
*I'M SINGLE HERE , ANYONE TAKE IT OR LEAVE IT*


Kan dah bunyi macam makanan segera je kan . Apalah korang ni . Bukan ke semua tarikh , masa adalah sama , cuma tahun dah umur kita yang berubah . Ia sentiasa berputar umpama bumi ni . Thank to Allah , kita masih hidup dan harap tiada malapetaka berlaku di Malysia seperti negara jiran lain . Bukankah lagi cool kalau kita buat macam tu kan .


Kalau korang tanya apa makna tarikh 11/1/2011 bagi Hani . Ini jawapan Hani :
*Biasa jer , kecuali tarikh 09/21/1991 . haaaah itu tarikh hari jadi Hani . So nak hadiah*
Korang dah tau jangan buat lupa okay .


Hani rasa ini cool kalau bagi hadiah .

Kahwin Dan Pelamin

Assalamualikum , Hello .


Nak share dengan korang gambar kahwin . Hani sempat merasa duduk di atas pelamin . Dan Hani tau perkara ini akan berlaku , iaitu tak lama lagi giliran Hani yang akan kahwin .


Boooyahhh ~~





Friday, 28 October 2011

Teroka 10 Kerjaya Impian

Assalamualikum , Hello .


Kalau diberi pilihan kerja yang macam mana Hani nak . Ini lah , ini lah , semua ni Hani nak
.................


Mari bersama kita teroka kerjaya impian Hani .




1. Nak bos kacak , muda , dan baik hati . Okay kalau dia tak kacak pun tak apa janji dia baik dan tak penah marah orang suka hati .

2. Sebarang kerja yang diberi tak payah siap on time . Kalau dah siap hantar . Kalau tak siapkan , boleh ambil masa seberapa banyak yang diperlukan . Biar lambat asalkan selamat . 

3. Gaji nak sama dengan bos . Kalau kurang tak nak kerja , BOIKOT !

4. Setiap seminggu wajib cuti . Barangsiapa yang tak cuti , boleh simpan cuti tu untuk musin raya dan sebagainya.

5. Cuti raya 15 hari . Tak kisah raya melayu , cina , india . Sebab kita 1 Malaysia .

6. Staf pekerja semua nak lelaki muda , kecuali Hani seorang jer perempuan dekat offis tu .

7. Pejabat hanya akan beroperasi pada jam 9.00 am dan berakhir jam 4.00 pm setiap hari . Sabtu dan ahad tutup .

8. Kenderaan disediakan kepada semua pekerja , dan diberi percuma . Kereta jenama terkemuka .

9. Makan tengahari disediakan setiap hari dan dihantar terus kemeja anda .

10. Setiap pekerja mendapat bilik sendiri dan didalam itu disediakan tv plasma 24 inci , set kerusi urut , penghawa dingin , ipad , perabut bertahtakan emas, peti ais dipenuhi makanan import .

    Siapa dah penuhi syarat di atas apa tunggu lagi , mari ambil saya bekerja bersama anda . Takkk Sabarrr ~
    Kalau wujud syarikat macam ni agaknya berguling guling tikar mengkuanglah gamaknya .
    Hanya untuk bergembira , menghilangkan masa boring anda . (◕^^◕)   



    Friday, 21 October 2011

    Dua Hari Janji

    Bosan ? Tak tau nak buat apa ?


    Jangan risau Hani ada jalan penyelesaianya . 2 hari Hani akan mengubat kebosanan anda itu .
    Promise .



    Friday, 14 October 2011

    Muka Berseri 3 Tips Mudah

    Petua kecantikan hari ni, macam mana nak bagi muka anda yang kelihatan penat kusam dan tak bermaya kembali segar. Dan hari ini anda patut rasa bertuah kerana mendapat tips kecantikan daripada sorang gadis yang perasan dirinya cantik, mempersilakan NOHARAH HANI ...
    (tepuk semuaa)



    Assalamualaikum and hey all.

    Sebagai yang sedia maklum, hari ini Hani nak share macam mana Hani jaga kulit muka Hani. Bagi sesiapa yang pernah terlihat, ternampak Hani secara live mesti tau macam mana rupa Hani yang sebenarnyakan. Aishh janganlah puji, malu kamek ni.
    (taklah cantik pun)


    1. Basuh muka.
    Untuk kulit yang suka berjerawat ni, Hani sarankan guna OXY. Alhamdullilah, sebelum ni kulit Hani memang penuh dengan peminat jerawat sekarang ni dah kurang sikit. Penting unuk basuh muka apabila terasa muka berminyak dannn JANGAN TIDUR DENGAN MUKA BERMINYAK. kerana percayalah bila bangun esok anda akan jumpa kawan baru.

     Pembersih muka.

     
    Pakai di bahagian muka yang berjerawat.
    (selagi tak hilang jerawat teruskan memakai)


    2. Etude Mask (atau apa apa mask)
    Setelah seharian penat atau berada di luar dengan keadaan cuaca di Malaysia yang beriklim katulistiwa ni kan. So semestinya muka anda memerlukan perlembap. Untuk Hani cukup sahaja memakai mask ready made. Bukan sahaja jimat tenaga tak payah pergi spa. Itu jugak senang terus pakai dan melekat di wajah. Korang jugak boleh cuba mask lain, ikut jenis kulit dan keselesaan korang.



    3. Ambil wuduk
    Hahh, jangan tak tau selain alat alat kecantikan yang terdapat dekat luar, wuduk juga boleh membuatkan muka korang berseri. Betull, masa mengambil wuduk di bahagian muka kita boleh berniat. Niat dan bersyukur atas kurniaan Allah.  Jangan ada hasad dengki dengan kecantikan orang lain. Kalau terasa kekurangan diri, jangan marah sebaliknya kita perlu terima dan memperbaiki diri ini.



    Dan hasilnya
    Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




    (sebarang idea, komen dan cadangan silalah inbox saya yer)
    HEHEHE


    Thursday, 22 September 2011

    MEKASIH SEMUERR




    Assalamualaikum . Hello .

    Tak dapat nak replay dan balas semua . Tak dapat nak texting korang balik if ada yang wish tu . Tak dapat menagis untuk kali ke dua mana mana yang try buat surprise tu . Dan maybe ada yang terkurang ke semua kan . 

    Di sini saya dengan rasa berbesar hati dan suka riang gembireee nak cakap TERIMA KASIH dari akar sampai ke pokonya . Pokoknya u alls ni memang menjadi pujaan hati ku . Wish jer ker . Hadiah i mana ?

    Yang ello ello dan nyanyi lagu walaupun dipaksa atau terpaksa = Mekasih
    Yang simbah simbah air sabun tu = Mekasih
    Yang texting texting tu = Mekasih
    Yang Fb-ing tu = Mekasih
    Yang blogging tu = Mekasih
    Yang yang yang semua tu lah . U know who u are . Aicehhh

    Tak dapat nak publish semua . Apa pun MEKASIH , MEKASIH , MEKASIH .....